Kisah Kejayaan

Usia Bukan Penghalang Untuk Celik IT Bimbingan Dari PI

Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Encik Yazid Bin Mas telah mendaftar sebagai ahli PI pada awal pembukaan PIM Batang Maro dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Bermula dari situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan iaitu kelas asas computer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mail dal aplikasi elektronik seperti e-kerajaan, e-dagang, dan e-pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut diajar tentang potensi penggunaan IT dalam mempromosikan segala bentuk perniagaan dan perkhidmatan secara dalam talian.

Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama lebih kurang 4 bulan, beliau kini sangat yakin untuk memiliki dan menggunakan computer riba yang dilengkapai dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan segala urusan secara dalam talian termasuklah menjalankan perniagaan dalam talian. Setelah menghadiri modul latihan di PI juga, beliau mampu menguruskan hal hal berkaitan Perti PBB dan Hal berkaitan kampong hanya melaui dalam talian dan penggunaaan peranti elektronik digunakan semaksimum mungkin. Modul latihan Microsoft sangat membantu beliau dal menguruskan dokumen dan menyediakan surat rasmi tanpa meminta bantuan dari pihak sekolah.


Pelajar Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI

Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, adik Mohd Amirul Haikal telah mendaftar sebagai ahli di PI sejak penubuhan PI Batang Maro dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet. Selain itu, beliau turut mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT. Kini beliau lebih yakin untuk memiliki dan menggunakan computer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah mahupun tugasan daripada guru. Beliau turut menggunakan sepenuhnya Pusat Internet 1 Malaysia Kg Batang Maro sebagai rujukan.

Amirul Haikal merupakan ahli Pusat Internet Kg BatangMaro sejak awal penubuhan PI Kg Batang Maro. Beliau selalu mengikuti kelas - kelas atau bengkel - bengkel yang diadakan di PI kg Batang Maro dan menggunakan perhidmatan di PI Kg Batang Maro sepenuhnya untuk mencari maklumat dan menyiapkan kerja sekolah. Malah, ketika cuti sekolah, masa beliau banyak dihabiskan di PI Kg Batang Maro untuk tujuan pembelajaran.


Pelajar Celik IT Dengan Bimbingan IT Dari PI

Nurul Fatanah binti Jamil, yang merupakan pelajar sekolah rendah SK Batang Maro dan juga bakal menduduki peperiksaan UPSR telah mendaftar sebagai ahli di PI pada tahun 2017 dan beliau mula menyertai kelas ICT yang diadakan di PI. Melalui kelas-kelas yang dihadiri, beliau telah mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, Microsoft Office, dan aplikasi secara atas talian seperti canva, prezi, mindmup dan google translate.

Daripada seorang pelajar dan kanak-kanak yang lemah dalam bidang IT, beliau kini yakin dan lebih mahir menaip dan menggunakan komputer. Beliau bijak dalam membuat peta minda dan poster secara atas talian. Beliau juga menggunakan sepenuhnya youtube dan google untuk mencari maklumat tambahan dan untuk mengulangkaji pelajaran.

Selain itu, beliau selalu memantapkan pengguasaan bahasa inggeris dengan menggunakan google translate bagi mencari maksud sesuatu perkataan yang tidak diketahui. Tambahan lagi, beliau juga berminat dalam DIY. Beliau selalu menggunakan Youtube untuk menonton DIY yang popular di laman youtube tersebut.


Usahawan Roti Dan Kraftangan

Puan Siti Hasmah Binti Mohamed merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kampung Batang Maro dan juga merupakan usahawan hasil bimbingan Pusat Internet itu. Sejak awal penubuhan Pusat Internet Kampung Batang Maro, beliau selalu datang ke Pusat Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perniagaan yang beliau jalankan di internet. Beliau juga selau manghantar roti untuk dijual di Pusat Internet Batang Maro untuk dibeli oleh penduduk yang datang ke Pusat Internet. Roti yang dihantar selalu mendapat tumpuan dan sentiasa habis dalam waktu yang singkat kerana keenakan dan harga yang amat berpatutan. Pada masa akan datang beliau berhasrat untuk memiliki kedai bakeri sendiri. Selain dari menjual roti, Siti Hasmah juga turut menerima tempahan kraftangan seprti tikar dan bakul anyam.

Puan Siti Hasmah memanfaatkan sepenuhnya kewujudan Pusat Internet di Kampung Batang Maro dengan menghadiri kelas-kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Batang Maro. Beliau kini mampu menggunakan kemudahan yang disediakan di PI untuk meningkatkan hasil jualan terutama melaui promosi secara dalam talian. Beliau sangat berbangga kerana menjadi salah seorang usahawan hasil bimbinagn dari Pusat Internet Batang Maro.


Pelajar Celik It Dengan Bimbingan IT Dari PI

Norhaiza Binti Jaafar merupakan pelajar sekolah mengengah dan merupakan ahli Pusat Internet Batang maro sejak awal penubuhan Pusat Internet Batang Maro. Beliau selau mengikuti kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet Batang Maro dang menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Batang Maro untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja kursus beliau. Selan itu, beiau juga merupakan pelajar yang rajin bertanya berkenaan pelajaran kepada petugas Pusat Internet. Sikap gigih beliau untuk belajar menjadikan beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, Prezi dan Canva.

Bermula dengan zero pengetahuan dalam IT, beliau kini telah mahir menggunakan peralatan ICT. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya kelengkapan yang ada di Pusat Internet untuk belajar dan memahirkan diri dengan platform pembelajaran dalam talian seperti menggunakan Youtube dan Google sebagai sumber rujukan. Beliau sangat berterima kasih kerana kewujudan Pusat Internet ini sangat menbantu beliau dari segi akademik dan juga dalam bidang IT.